menu multimedia
Tenaga Pendidik
Waktu Sekarang
Ulti Clocks content
Countdown SPM
SPM
lagi
Countdown PMR
PMR
lagi
Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Home

PostHeaderIcon Halaman Utama SMKATDM

PostHeaderIcon Majlis Akujanji PMR dan SPM

 

Majlis Akujanji PMR dan SPM telah berlangsung pada 9 April 2011 bertempat di Dewan Tertutup SMKA Tun Datu Mustapha. Majlis tradisi tersebut dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Semua pelajar tingkatan tiga dan tingkatan lima hadir bersama ibu-bapa masing-masing dan melafazkan janji untuk membuat yang terbaik dalam peperiksaan PMR dan SPM nanti. Bacaar ikrar Akujanji telah diketuai oleh adik Mizuan b. Mijid dan diikuti oleh para pelajar yang lain. 

Majlis menandatangani ikrar akujanji pula telah dilaksanakan oleh adik Shukri Ramlan, Ketua Pelajar sesi 2011 sambil disaksikan oleh tuan pengetua Ust. Haidon Hadi Sapiri dan Yang Dipertua PIBG, Dr. Abd. Aziz. Dalam majlis tersebut, tuan pengetua mengharapkan para pelajar supaya memgang ikrar yang dilafazkan dan meminta mereka berpegang pada janji supaya tidak tergolong dalam golongan munafik. YDP PIBG pula mengucapkan yang terbaik buat para calon peperiksaan tahun ini dan mengharapkan kecemerlangan yang dicapai dalam peperiksaan lepas harus diteruskan dan ditingkatkan lagi demi masa depan anak-anak pelajar. 

Majlis tamat pada pukul 9.30 pagi. Semoga dengan penyempurnaan majlis Akujanji, para pelajar akan berasa lebih bertanggungjawab untuk belajar dan berusaha dengan lebih bersungguh-sunguuh dalam peperiksaan PMR dan SPM. Selamat maju jaya untuk semua. 

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 11 April 2011 05:35 )

 

PostHeaderIcon Festival Nasyid Daerah Papar- Kita No.1!

 

Festival Nasyid Peringkat daerah Papar telah berlangsung dengan jayanya pada 6 April 2011 bertempat di dewan SMKA Tun Datu Mustapha. Festival tersebut dianjurkan bagi memilih wakil daerah Papar ke peringkat Bahagian Zon Selatan yang akan diadakan di Sipitang. Terdapat lapan penyertaan bagi kategori sekolah rendah dan enam penyertaan bagi kategori sekolah menengah. 

Alhamdulillah, The Voices dari pasukan tuan rumah, SMKA Tun datu Mustapha telah menunjukkan persembahan yang memukau dan menambat hati para hakim untuk dinobatkan sebagai juara. Juara tradisi sebelum ini iaitu SMKA Limauan hanya berpuas hati di tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi oleh SM St. Mary.

Acara perasmian penutupan dan pemberian hadiah telah disempurnakan oleh Ustaz Saifulzaman B. Sangul, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Acara berakhir pada pukul 1 tengah hari. 

 Tahniah sekali lagu buat The Voices dari SMKA Tun Datu Mustapha! 

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 April 2011 04:11 )

 

PostHeaderIcon SPM 2010- Kita No.1 di Papar

 

Tahniah diucapkan buat calon-calon SPM 2010 yang mendapat keputusan yang cemerlang. Tahun ini menyaksikan peningkatan yang drastik berbanding tahun-tahun sebelum ini. Untuk makluman semua, sekolah kita menduduki tangga teratas dari segi lulus 100% di daerah Papar. Berikut merupakan senarai top ten pelajar cemerlang:

1. Zubaidi Bin Asmin (6A+, 3B+, 1C+) = 1.4
2. Nurfarahana Binti Abd. Majid (2A+, 2A, 3A-,1B, 1C+, 1C)=2.3
3. Mohd Fahmy Mahmur (3A+,2A,2B+,2B,1C+,1C)=2.45
4. Ghazali Bin Kulah (2A+,1A, 4A-, 1B, 1C, 1D)= 2.6
5. Nurhidayahani (4A+, 1A-, 2B+, 1B, 1C+, 1C, 1D)= 2.72
6. Mohd Azeem (3A+, 1A, 1A-, 1B+, 1B, 1C+, 1D, 1E)= 3.00
7. Hajiji Aris (1A+, 2A, 3A-, 4C+, 1C)=3.09
8. Zainab Sunning (1A+, 3A, 1A-, 1B+, 2B, 1C, 1D)=3.1
9. Masitah Binti Malik (3A, 2A-, 1B+, 1B, 1C+, 3D)=3.36

10. Suzielah Supin (1A+, 2A, 2A-, 1B+, 2C+, 2D, 1E)=3.72 

Tahniah buat semua! 

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 April 2011 03:57 )

 

PostHeaderIcon MTQ 2011

 
Majlis Tadarus Al-Quran telah berlangsung pada 4 Mac 2011. Antara pertandingan yang di adakan adalah seperti berikut:
  • Tilawah Al-Quran
  • Syarahan Agama
  • Hafazan
  

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 07 Mac 2011 13:41 )

 

<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 Seterusnya > Tamat >>

Muka 1 daripada 5

Siapa di Talian
Kami ada 12 tetamu online
UFUK
Makluman

Untuk makluman ruangan shout box kini hanya boleh diakses selepas anda mendaftar masuk. Ini bagi mengelakkan spam dan post yang tidak senonoh daripada individu yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Daftar Masuk



Undian minggu ini
Apakah pendapat anda mengenai laman web ini?